Database - maklumat_logmasukLog Masuk Pengguna E-licensing
Log Masuk
LEMBAGA LADA MALAYSIA
BAHAGIAN PERLESENAN, PENGUATKUASAAN & PENGGREDAN
Sistem E-Licensing
Sistem E-Licensing
Sistem E-Licensing merupakan sistem pengurusan lesen bersepadu yang akan menyediakan sebuah pengumpulan data berpusat yang lebih komprehensif dan cekap. Sistem ini akan memproses permohonan pelesenan secara elektronik dan atas talian serta berupaya untuk mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan lesen.
Penguatkuasaan E-Licensing
Semua syarat perlesenan yang dikenakan oleh Lembaga Lada Malaysia adalah menurut kuasa-kuasanya yang terkandung di dalam Akta Lembaga Lada Malaysia 2006.
Semua keterangan-keterangan/butir-butir yang diberikan dalam permohonan mestilah benar mengikut sepenuh pengetahuan pemohon-pemohon.
Jika keterangan-keterangan/butir-butir yang diberikan didapati tidak benar, maka lesen yang dikeluarkan kepada pemohon sebagai akibat daripada permohonan akan dibatalkan.
Terdapat 5 jenis lesen yang boleh dipohon:
Membeli & menjual
Mengeksport
Mengimport
Menyimpan
Pembuatan
Setiap permohon perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti tersenarai di bawah:
gambar berukuran passport
Salinan kad pengenalan
Salinan lesen perniagaan yang sah
Salinan daftar syarikat yang sah
Salinan sijil timbang dan sukat(Borang D)
Pelan lokasi premis perniagaan
Salinan "Land Title/Shop Title' atau Perjanjian Penyewaan
Lesen akan secara automatik tamat tempohnya pada 31hb Disember setiap tahun di mana permohonan dibuat sebelum tamatnya tempoh itu. Pembaharuanlesen dapat dibuat dengan mengisi Borang Pembaharuan Lesen samada melalui laman web Sistem E-Licensing ataupun di setiap pejabat.
Lesen tidak boleh dipindahmilik melainkan dalam kes-kes tertentu atas keputusan pihak Lembaga MPB.